SELANGOR FC
BERITA

Pemain-Pemain Gergasi Merah Mewakili Negara Untuk Sukan SEA 2023

May 03, 2023 - FAS

Enam pemain muda Selangor FC, Mukhairi Ajmal, Ruventhiran, Syahir Bashah, Harith Haiqal, Zikri Khalili dan Izwan Yuslan telah menyahut seruan Harimau Malaya dalam kejohanan Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja yang akan memulakan perlawanan pertama menentang Laos jam 8 malam ini.

Skuad junior negara akan bersaing menentang Laos (3 Mei), Thailand (6 Mei), Vietnam (8 Mei) dan Singapura (11 Mei) dalam Kumpulan B untuk mara ke peringkat seterusnya. Jika berjaya, Malaysia akan beraksi di separuh akhir pada 13 Mei, manakala final serta penentuan tempat ketiga dan keempat berlangsung pada 16 Mei.

“Saya harap pemain-pemain semua berikan fokus seratus peratus dan berikan kerjasama yang baik dengan barisan jurulatih. Sasaran kali ini sudah pasti kami nak capai  tahap yang lebih tinggi berbanding tahun lepas. 

"Sebagai seorang kapten, saya bersedia untuk terima apa sahaja tekanan yang ada dan akan datang kerana tanggungjawab sebagai kapten perlu dilaksanakan. Saya harap dapat jalankan tugas dengan baik,” ujar Mukhairi

Selain enam pemain tempatan, Hein Htet Aung, pemain import muda Selangor FC juga turut sertai Sukan SEA 2023 bersama skuad negaranya Myanmar, yang baru sahaja menang tempoh hari menentang Timor Leste dengan keputusan 1-0.

Selangor FC mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan bawah 22 tahun Sukan SEA Kemboja 2023. 

Demi Kebanggaan!